Lamanya saya tidak menulis dalam blog ini. Hampir enam bulan saya 'meninggalkan' blog ini tanpa melakarkan walau satu ayat pun... alasannya pasti sibuk dengan tugas harian. Tetapi bagi peminat setia majalah REMAJA, tiap dua minggu masih lagi dapat membaca tulisan saya kan....Sebenarnya memang betul sibuk kerana dengan tanggungjawab baru ini memerlukan lebih banyak masa dan komitmen hinggakan tak punya waktu untuk memikirkan perkara lain. Kalau orang kata time sekarang (musim euro 2008), tidur bola, makan bola, mimpi bola, saya pula enam bulan pertama 2008 tidur bersama buku, mimpi buku dan makan pun ingatkan buku sahaja. Ada juga emel dan rakan2 yang bertanyakan 'apa dah jadi'? Jawapannya mudah, tak de apa-apa, banyak sangat perkara yang membuatkan saya tidak sempat untuk menulis di blog ini. Pilihanraya, pesta buku, pameran buku dan paling mencengkam ialah perancangan untuk melahirkan produk-produk baru yang memerlukan masa untuk turun padang dan membuat market research. Rasanya 24/7 tidak cukup.
Kini saya kembali dan Insya-Allah akan terus aktif dalam ruangan ini. Ingat lagi jemputan saya untuk menjadi penulis? Walaupun kali terakhir saya aktif cuma dalam bulan Januari, tapi responsenya cukup memberangsangkan. Hingga kini ramai yang masih lagi bertanyakan apakah peluang untuk menjadi penulis masih dibuka. Ya... jemputan ini sentiasa terbuka luas. Apatah lagi sewaktu pesta buku di pwtc sedikit waktu dulu, ramai yang bertanya secara langsung dengan saya. Jawapannya.....Silakan memeriahkan industri buku kita.
Apapun bila menjadi penulis jangan pula meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Ini bukan untuk mematahkan semangat tetapi mahu memberitahu realitinya. Kalau bernasib baik, hasil penulisan terutamanya novel anda(ini kerana terlalu ramai yang mahu menjadi novelis) akan meletup dan diminati ramai tetapi ada juga yang sepi. Kalau novel meletup, anda akan menjadi selebriti tetapi kalau hasil penulisannya sekadar ala-ala sahaja, jadi lah penulis suam-suam kuku.
Banyak bezanya penulis selebriti dan penulis suam-suam kuku atau penulis sejuk nie. Kata teman saya, penulis tersohor Ramlee Awang Murshid, untuk mencapai ke tahap sekarang dia mengambil masa 12 tahun. Wah... panjang perjalanannya. Tapi untuk penulis-penulis muda yang baru berkarya janganlah mudah berputus asa. Teruskan berkarya dan hantarlah karya-karya anda kepada mana-mana syarikat penerbitan yang disukai.
Cuma, jangan pula menghantar manuskrip yang sama kepada pelbagai syarikat penerbitan. Kesian kepada syarikat penerbitan( apatah lagi syarikat penerbitan yang kecil), tup,tup,tup mahu diterbitkan, dah penat buat penilaian, editing, rupanya syarikat lain sedang dalam proses akhir mencetak buku yang sama. Memang hak penulis untuk menghantar ke mana sahaja tetapi tidak adil rasanya bila syarikat lain memberitahu mahu menerbitkan karya anda, anda berdiam diri dan tidak memberitahu syarikat tersebut yang manuskrip anda akan diterbitkan oleh syarikat A. Penulis mesti bersikap jujur, apa salahnya memberitahu dari awal yang manuskripnya akan diterbitkan oleh syarikat A, tak ada siapa yang nak marah pun kerana manuskrip itu adalah milik anda.
Mahu jadi penulis juga mesti mempunyai ketahanan dari segi mental. Ini kerana bila karya anda mula berada di pasaran dan dibeli orang, mulalah akan timbul kritikan, komen dan ulasan. Kadangkala menyakitkan tetapi tak kurang juga yang memuji. Ini lumrah.... ada orang suka, tak kurang juga yang benci dan dengki. Terima dengan hati terbuka. Macam artis dan gosip, kiranya artis tersebut tidak popular tak siapa yang mahu bercakap mengenainya. Anggap sahaja begitu, tidak perlu memendam rasa, pedulikan kata orang. Yang penting keikhlasan, nawaitu kita hanya Tuhan sahaja yang tahu, orang lain tidak perlu pertikaikan....Kebolehan melahirkan karya yang diminati adalah anugerah Allah.
Saya akui penerbit juga bukan semuanya betul. Adakalanya banyak juga kesilapan teknikal seperti editing yang dilakukan tetapi bukan bermakna ia tidak menjaga mutu atau disengajakan atau mahu memalukan penulis, 'human error' ini tidak terlepas, penerbit dan editor juga belajar dari kesilapan tersebut dan sudah tentu mereka berusaha untuk memperbaikinya.
Hah... bagaimana? Masih menyimpan cita-cita untuk menjadi penulis. Realisasikan impian tersebut, apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang agak gawat, keluarkan idea-idea bernas kerana kini saya percaya yang lebih ramai yang akan lepak di rumah sahaja. Jadi kalau karya anda menarik, sudah tentu mereka akan mendapatkannya....
Jumpa lagi........
Monday, June 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
barulah ada N3 baru.selamat kembali bersesawang di blog.selalu juga kak ila singgah di sini, tapi masih yg lama juga. kini dah ada yang baru, tahniah.& N3 kali ini cukup berkesan. tahniah sekali lagi.
Post a Comment