Tuesday, January 8, 2008

Salam Maal Hijrah

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru dan begitu juga sebagai umat Islam kita akan menyambut Tahun Baru Hijrah. Jadi tak lupa dari saya , Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah. Semoga Maal Hijrah memberi inspirasi baru pada diri kita. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih berpeluang untuk sama-sama menyambut Tahun Hijrah kali ini. Nampaknya tahun ini saya juga berhijrah ke arena yang berbeza. Moga penghijrahan ini menjadi sesuatu yang positif. Teringat ketika saya masih di bangku sekolah, pagi lagi sudah bersiap sedia untuk menyertai perarakan Maal Hijrah. Sambil berselawat dan salam kami akan berarak dari sekolah hinggalah ke padang berdekatan Pantai Murni, tempat sambutan perayaan Maal Hijrah diadakan. Cukup meriah sekali. Namun kini jarang saya jumpa perayaan ini disambut sebegitu rupa, sepi dan yang ada cuma nyanyian nasyid dan program agama di corong radio dan kaca tv sahaja, sedangkan kedatangan Tahun Baru Masihi bukan main lagi disambut gilang gemilang hinggakan ada yang tidak bertemu jalan pulang. Kuala Lumpur rata-rata sesak, KLCC, Dataran Merdeka usah diperkata, tempat tumpuan utama, konsert di sana sini. Inilah agaknya budaya orang Malaysia sekarang.
Tiada niat untuk menyalahkan sesiapa tetapi tepuk dada, tanya selera, apakah yang kita lakukan ini sesuai atau hanya sekadar ikutan? Takut dilabel sebagai anti-sosial jika tidak sama-sama keluar meraikan tahun baru? Bagi saya tidak salah jika hanya rileks di rumah bersama keluarga kerana lebih baik habiskan masa bercuti dengan makan bersama mereka.
Argh... peduli apa dengan pandangan orang, yang penting diri kita sendiri.........bukan begitu.
Ye.. dengan kedatangan Maal Hijrah kali, mari sama-sama kita hayati dan renungkan bagaimana tahun hijrah kali ini akan ditempuhi. Jangan lupa ye.. bersama kita membaca doa tahun baru nanti. Insya-Allah.