Friday, December 28, 2007

Al-fatihah buat Benazir

Benazir - satu nama besar dalam politik dunia. Saya pernah membuat translation untuk biografi Benazir sewaktu di kolej dulu untuk seorang kenalan yang sedang membuat buku wanita-wanita terkenal dunia. Saya juga mula mengenali Benazir sewaktu mengambil subjek IR. Kagum juga saya kepadanya tetapi kepulangan beliau ke Pakistan baru-baru ini cukup menimbulkan persoalan kepada banyak pihak kerana walaupun dalam wawancara bersama beberapa stesen tv antarabangsa, kononnya keselamatan beliau dijamin tetapi masih ramai yang ragu apakah beliau akan benar-benar selamat di bumi Pakistan? Malam tadi kita sudah mendapat jawapannya. Beliau gugur di bumi sendiri, di tangan warga Pakistan yang dicintainya sendiri. Nyawa adalah harga sebuah demokrasi.

Harap-harap apa yang terjadi di negara Asia Selatan menjadi pengajaran buat kita. Semoga perkara yang sebegini tidak akan berlaku di bumi Malaysia. Saya percaya semua kita mahu hidup dengan aman damai, tiada perbalahan, peperangan dsbnya. Saya sering rindukan Malaysia sewaktu di luar negara. Harap-harap ramai yang begitu kerana di sini banyak istimewanya. Walaupun cost of living in Kuala Lumpur semakin tinggi tapi untuk saya M'sia is still the best! Kenapa kalau kita di luar negara, semangat patriotik agak kuat, berbeza sewaktu dalam negara. Ada sahaja yang tak puashati kan....

Renungkanlah...
Oh ye, jangan lupa ye untuk hujung minggu ini dapatkan novel prima terbaru, Secalit Sayang & Kau Ilhamku. Best betul.

Wednesday, December 26, 2007

penulis muda/baru

Salam...

Sejak sebulan di tempat baru ni membuatkan saya banyak berfikir. Berat cabaran saya kali ini. Bukan mudah melahirkan penulis-penulis baru. Namun cabaran yang dilontarkan oleh bos saya harus saya buktikan. Dulu saya sering juga membuat bengkel penulisan kerana saya tahu ramai yang berbakat untuk menjadi penulis cuma mereka tidak tahu bagaimana dan caranya sahaja. Saya akan memulakan kembali bengkel penulisan kreatif ini terutamanya di awal 2008. Ada yang berminat? Hah... bolehlah datang ke bengkel penulisan kami nanti ye. Tarikhnya akan diberitahu kemudian.

Sememangnya kami sedang mencari mereka yang berbakat dalam bidang penulisan. Kalau nak tahu saya sekarang memang ulat buku. Kalau ke kompleks membeli belah, mesti tumpuan utama saya ialah kedai buku. Setiap hari saya membaca novel-novel yang diterbitkan oleh bukuprima agar saya lebih kenal dengan penulisnya. Aduh.... teman-teman gelar saya 'jiwang' tetapi inilah sebahagian dari tugas. Teman anak saudara saya kata 'bestnyer' sebab dapat baca novel percuma. Hahahahaha.. pelbagai tanggapan.

Teringat kisah dulu-dulu sewaktu saya harus memilih novel pilihan untuk diterbitkan dalam majalah. Waktu masih remaja, jadi mesti kisah-kisah remaja yang menarik minat saya. Alhamdulillah novel-novel pilihan saya & the team menjadi gilaan anak muda hinggakan novel-novel tersebut 'sold out'.

Jadi kalau ada sesiapa yang mahu membuat review novel, beritahu saya, nanti saya paskan novel-novel baru untuk direview. Ini jemputan tau... Selain menjadi novelis, kami juga dalam proses menerbitkan buku-buku umum. Ada point, idea atau pengalaman menarik yang mahu dibukukan? Tapi tak usahlah yang syok sendiri je.. at least mestilah yang ada ciri-ciri teladan, perkongsian pengalaman, nilai-nilai murni ye...

Thanks Izwa sebab celikkan mata saya mengenai IT.