Tuesday, July 29, 2008

Salam,

Penghujung Julai memang banyak pesta buku, sekarang nie pun sedang berlangsung Pesta Buku Selangor di kompleks PKNS, Pesta Buku UPSI dan Pesta Buku Malaysia di PWTC. Saya tahu ada yang langsung tidak pernah menjengok ke Pesta Buku. Sebenarnya seronok meninjau-ninjau buku nie. Inilah peluang untuk beli buku dengan 'harga runtuh'. Kalau di kedai buku mana mungkin dapat discount sehingga 35-40%. Kalau tak percaya datang jengok-jengok ke pesta buku yang berhampiran. Kalau hujung minggu ada novelis-novelis terkenal turun padang. Minggu lepas di gerai Buku Prima ada Ramlah Rashid, Zulaila Zakaria, Nurul Syahida dan Siti Rosmiza. Novel dia orang nie memang tengah meletup sakan...Sudahkah anda membaca Qaseh Qaisy, Khilaf Kasih, Plain Jane atau Andai Itu Takdirnya? Kalau belum, bolehlah datang ke pesta buku tersebut.Rugi kalau tak dapatkan novel yang disebut-sebut nie.

Kali ini saya lihat pengunjung juga semakin ramai, apakah ini bermakna orang M'sia semakin gemar membaca? Harapan saya begitulah......moga kita sentiasa menjadi masyarakat yang berilmu. Walaupun sekarang ini disebut-sebut sebagai zaman ekonomi 'merudum' diharapkan jangan pula budget untuk bahan bacaan dikurangkan. Bagi saya membaca tidak kira buku atau majalah adalah salah satu hiburan yang termurah.
Teringat saat-saat gawat 1997 dulu. Waktu itu saya baru menjadi editor remaja, ramai yang beritahu mereka tak mampu mahu membeli novel (harga novel agak mahal). Jadi saya kenalkan novel bersiri dalam MR dan alhamdulillah cukup mendapat sambutan hinggalah sekarang masih diminati. Ini kerana pilihan kami adalah yang terbaik dan kami membaca dan menilai dahulu sebelum dihidangkan kepada pembaca. Hingga sekarang ramai yang masih mengingati novel-novel bersiri yang kami keluarkan dan ada yang penulisnya hingga kini top. Malahan baru semalam ada dua orang yang bertanyakan kepada saya mengenai novel yang saya keluarkan 10 tahun lalu di majalah. Aduh.. sorilah dik, mana mungkin saya ingat semua kan...

Tak apa, novel baru sekarang ini pun banyak yang 'mengancam'. Paling baru 'Aku Bukan Untukmu' dan 'Hanya Padamu' mesti kena baca. Pehhh... meletup.
Lagipun dalam keadaan sekarang kalau nak tengok wayang tiap minggu pun dah tak mampu, jadi lebih baik beli novel dan kongsi bersama rakan-rakan. Jimat sikit belanja.

Jom lah datang ramai-ramai ke pesta buku S'gor dan Pesta Buku Kuala Lumpur.